Image

Awal Muharram Atau Maal Hijrah Menandakan Peristiwa Penting

Awal Muharram atau Maal Hijrah menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa hijrah Rasul itu membuka lembaran baru ke arah penyebaran Islam yang lebih cemerlang.
Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini.

Ini juga adalah suatu peringatan kepada kita semua supaya sentiasa menambah baik diri, keluarga dan pencapaian. Walau apa pun terjadi, kita tidak boleh berputus asa dan perlu kembali dengan lebih kuat.

Semoga ujian yang kita hadapi hari ini akan membawa kepada perubahan yang jauh lebih baik untuk hari esok, selagi kita bertahan dan berjaya mengharunginya.

#MaalHijrah2023
#tahunbaruislam
#janganputusasa
#instaweb
#WebsiteBuilder
#websiteinablink
#etesha
#allyourdigitalneeds
#SiapaBuatDiaDapat
#keepmovingforward