KEMERDEKAAN YANG DIDAMBAKAN
Sepanjang bulan Ogos, kami telah berpeluang untuk menguruskan program latihan untuk prospek-prospek yang bakal keluar dari penjara. Program Latihan Madani SCOPE ini memberi mereka kemahiran baru untuk memulakan bisnes online dan skill kemahiran repair phone
Pengalaman ini membuka mata kami untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka. Mereka juga perlukan peluang kedua untuk mengubah hidup mereka.
Usaha kerajaan untuk memberi ilmu baru kepada mereka ini amatlah bermakna kerana kami dapat melihat sendiri betapa mereka menghargai peluang ini untuk mereka.
Merdeka bermaksud bebas. Bebas daripada penjajahan dan kurungan. Pastinya erti merdeka pada mereka amat berharga. Merdeka pada mereka bukan sahaja bebas dari kurungan, malah bebas dari pengulangan belenggu jenayah supaya mereka dapat memulakan hidup yang baru dan positif.
Sempena Hari Kemerdekaan pada tahun ini, kami amat berharap dalam kita menyambut kemerdekaan negara kita dari penjajahan, kita juga memerdekakan pemikiran negatif kita terhadap golongan bekas prospek yang telah menghabiskan hukuman di institusi penjara.
Mereka selalu dipinggirkan dan dipandang rendah oleh masyarakat. Marilah kita cuba berikan mereka peluang kedua walaupun berpada-pada.
Mereka juga perlukan sokongan moral daripada kita semua. Doakan mereka boleh mengubah hidup mereka.
Kami ucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 67 untuk semua rakyat Malaysia.
#MalaysiaMerdeka2024
#harikebangsaan67
#LatihanMadani
#masihadapeluangkedua
#instaweb
#websiteinablink
#etesha
#allyourdigitalneeds