Image

Tarikh Ini Pada Tanggal 12 Rabiulawal Kita Diingatkan

Tarikh ini pada tanggal 12 Rabiulawal kita diingatkan akan kelahiran seorang insan mulia iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.

Beliau adalah kekasih Allah dan penyelamat umat manusia. Perjuangannya menjadi inspirasi kerana walaupun mengadapi berbagai rintangan dan penentangan, beliau tetap teguh dengan keimanan.

Begitu jugalah dengan kita, dalam menghadapi dugaan hidup di zaman yang semakin mencabar ini, kesabaran dan kepercayaan kepada Allah adalah kunci untuk kita berjaya menghadapinya.

Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua umat Islam. Sempena itu, marilah kita berselawat ke atas nabi, serta hidupkan amalan sunnah Rasullullah SAW.

Sunnah yang besar daripada arahan-arahan Rasululullah sepatutnya dijadikan keutamaan seperti menjadi ketua keluarga yang sabar dan bertanggungjawab serta menjadi isteri yang solehah.

#MaulidurRasul2024
#NabiMuhamadSAW
#HidupkanSunnah
#instaweb
#websiteinablink
#etesha
#allyourdigitalneeds